December 18, 2013

Ceritera 20131224.

Ia.
Mengejutkan.
Datangnya secara tiba-tiba.

Meresahkan hati.
Menyesakkan dada.
Menyerabutkan fikiran.

Bukan soal ia.
Tetapi bagaimana.
Menuju ke sana.

Jauh.
Tak dekat.

Susah.
Dan tak mudah.

Ku kira,
Tidak mahu membebankan.
Tidak mahu menyusahkan sesiapa.

Namun,
Kini ku mengerti.
Siapa sebenar-benar sahabat.
Tatkala susah dan senang.
Bukan sekadar teman dikala gembira.
Aku mengenali.
Aku mengerti.
Aku memahami.

Terima kasih,
Sahabat dikala suka.
Dirimu belum tentu kekal menghuni.
Dalam lubuk hati ini.

Terima kasih tak terhingga,
Sahabat dikala duka.
Pengorbananmu sentiasa mekar.
Di sudut hati ini.

;')




November 30, 2013

Doaku buatmu..

Ya Allah…
Sungguhnya aku bermohon kepadaMu bagi pihaknya dengan sabaik-baik permintaan, sebaik-baik permohonannya, sebaik-baik kejayaannya dan sebaik-baik pahala baginya. Tetapkanlah untuknya, beratkanlah timbangan kebaikannya. Mantapkanlah imannya, tingkatkanlah darjatnya, terimalah solatnya dan ampunkanlah dosa-dosanya. Ya Allah, aku bermohon baginya kepadaMu tingkat yang tinggi di syurga. Ya Allah perkenankanlah permohonanku.

Ya Allah…
Sungguhnya Engkau mengetahui apa yang aku rahsiakan dan apa yang aku perlihatkan, maka ampunkanlah kealpaan dan kelalaiannya. Dan Engkau mengetahui segala hajatnya, maka kabulkanlah permohonannya. Ya Allah, aku bermohon baginya kepadaMu keimanan yang selalu mendampingi hatinya, dan keyakinan yang kuat sehingga dia mengerti bahawasanya tidak akan menimpa dirinya kecuali apa yang telah Engkau tentukan baginya dan bahawasanya apa sahaja yang telah menimpa dirinya bukanlah semata-mata yang meluputkannya. Dan apa sahaja yang telah meluputkannya bukanlah yang semata-mata menimpa dirinya.

Ya Allah…
Aku bermohon baginya kepadaMu iman yang dia buat cari kebenaran. Cahaya yang dia jadikan ikutan dan rezeki yang dirinya cukupkan. Ya Allah…jadikanlah dia cinta kepadaMu dengan hatinya seluruhnya dan rela kepadaMu dengan segala kemampuan dirinya seluruhnya. Ya Allah… jadikanlah cintanya seluruhnya hanya kepadaMu dan amal perbuatannya seluruhnya hanyalah untuk mencari keredhaanMu.

Ya Allah…
Apa sahaja yang Engkau jauhkan darinya dari hal-hal yang dia cintai, jadikanlah hal itu sebagai penguat untuknya mencintai apa yang Engkau cintai dan jadikanlah cintanya kepadaMu sebagaimana Engkau mencintai.

Ya Allah…
Cukuplah diriMu bagiku, tiada Tuhan selain Engkau. Hanya kepadaMu aku bertawakal. Dan Engkaulah Tuhan yang memiliki arasy yang agung.






September 16, 2013

wish u best of luck!





'good luck' wishes from me..
do ur best taw..



hope dat u will carry it out smoothly, fluently..
as how much u get ready on it.. ;)
and last but not least..,




<3..



September 8, 2013

juz keywords.,~

.terasing




.indah





.breath





.life






.take me





.free




#sgt rindu b'blog sbnrny, tp masa sgt cemburu + idea sgt kering!!
#sgt rindu nak baca tulisan 'ketenangan' dr 'org sana'.. peace ^_^






July 10, 2013

Happy fasting~!

Salam 'alaik..

fuh, dah lame sgt x berblog mbuatkan otak beku..bicara kaku..
okeyh..sempena kdtgn bulan penuh barakah dan rahmat ni..
diri ini cuba menukilkan sedikit kalam buat kenangan..





1) berita kejatuhan Presiden Mursi membawa kedukaan kepada warga Mesir disana..moga mujahidin disana dikurniakan smgt juang yang tinggi dalam bulan Ramadhan ini..mengambil ibrah daripada Perang Badar yang berlaku pada 17 Ramadhan.,(celik sirah jap ye..hehe)..



2) berita kematian seorg ADUN di terengganu mbuka sedikit ruang dan peluang untuk negeri itu mjadi milik pemimpin yang benar.,Allah..permudahkanlah segala urusan mereka..jika kemenangan itu membawa kbaikan kpd kami, menangkanlah kami.,namun jika dgn kmenangan itu melalaikan kami, Engkau berhak mnentukan yang sebaik-baiknya bagi kami..



3) berada di tahun akhir pengajian sedikit sebanyak mbuat diri ini merasa semakin tua.,yup..reading as 'dekat dgn kematian'..akhir2 ni terlalu sibuk dgn tugas2 seorang pelajar tahun akhir..moga DIA permudahkan sgala urusan kami..dan moga DIA rezekikan kami dgn rezeki yang selayaknya kami terima..ameen



4) kedatangan Ramadhan..sedikit sebanyak menjentik hati ini untuk berubah ke arah yang lebih baik..ku tidak menginginkan perubahan yang ketara.,mungkin hasil yang diperolehi seketika cuma..yg ku harapkan adalah sedikit perubahan namun dapat diri ini kekalkan..insyaallah.,mg rahmat yang mengiringi sepanjang Ramadhan ini memudahkan lagi niat dihati..



5) soal hati? biarlah rahsia..hehe..insyaallah..terus berdoa moga kita dimurahkan rezeki..tidak ku mharapkan perkahwinan yang mewah dan meriah..yang ku inginkan cukuplah sekadar ikatan yang halal diiringi dgn restu dari ibu ayah..



cukuplah sampi disini.,nanti mencoret lagi.,moga Allah permudahkan segala urusan awak ;)


May 11, 2013

Berguna buat isteri..


Petua Untuk Memanjakan Suami

1. Suami sentiasa mengidamkan belaian isteri. Tangan isteri mengurut manja kaki yang lenguh atau sekadar mengusap belakang atau lengan ketika menonton televisyen sudah membuatkan suami berasa sangat disayangi.

2. Belai rambut suami ketika dia sedang beristirehat, atau jika rajin carikan uban yang ada. Sudah pasti lembut hati suami dan akan timbul rasa kasih sayang yang mendalam terhadap isteri.

3. Tengok-tengokkan jari jemari suami, adakah kukunya bersih dan sudah dipotong rapi? Bagaimana keadaan kulit suami? Kalau kering sapukan losyen, kalau pening urutkan kepala. Pastikan suami dijaga rapi dari hujung rambut hingga hujung kaki.

4. Jangan menganggap dengan melakukan perkara begini akan menjatuhkan taraf isteri atau merasakan si suami perlu tahu menjaga diri sendiri. Tentu sekali mereka tahu menjaga diri tetapi dengan memanjakan suami cara ini akan menjadikan suami anda terasa seperti seorang yang sangat istimewa. Pasti dia akan begitu menghargainya.


"..insyaallah, suatu hari nanti.,"

May 10, 2013

Andai awak tahu..


Andai lelaki tahu..
Apabila seorang perempuan jatuh cinta,lelaki itu tidak semestinya punya segalanya tetapi lelaki itu adalah segalanya di hatinya.

Andai lelaki tahu..
Apabila seorang perempuan itu mengalirkan air mata, itu bukan bermakna dia lemah, tetapi dia sedang mencari kekuatan untuk terus tabah mencintai lelaki itu.

Andai lelaki tahu..
Apabila seorang perempuan marah, memang dia tidak mampu mengawal perasaannya tapi percayalah, itu maknanya dia sangat mengambil berat dan menyayangi lelaki itu. Lihat saja pasangan yang baru bercinta, mereka jarang bergaduh. Tetapi percayalah semakin bertambah sayang mereka pada seseorang, semakin pula banyak sesuatu yang terjadi.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan cerewet, dia tidak pernah bermaksud untuk membuat anda rimas, tapi dia mahu lelaki mengenalinya dengan lebih dekat.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan berkata dia mahu kamu berubah, itu bukan bermakna dia tidak mahu menerima kamu seadanya, tetapi dia mahu menjadikan anda lebih baik, bukan untuk dirinya, tetapi untuk masa depan anda.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan cemburu dan tidak percayakan kamu, bukan bermakna dia tidak sayang..tetapi dia terlalu sayangkan kamu dan masih menganggap kamu anak kecil yang masih memerlukan sepenuh perhatian. terkadang dia terlalu risau sekiranya terlalu percaya, kamu akan mengkhianati kepercayaan yang diberi. Naluri keibuannya sangat kuat. Dia hanya mahukan yang terbaik untuk kamu .

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan merajuk, jangan kata dia mengada-ngada. Dia bukannya mahu dipujuk dengan duit atau hadiah, tetapi cukup dengan perhatian yang boleh buat dia rasa dihargai.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan jarang mengatakan ‘i love u’, itu tidak bermaksud dia tidak mencintai kamu tetapi dia mahu lelaki itu merasai sendiri cintanya, bukan hanya hadir dari kata-kata tetapi juga melalui bahasa tubuhnya.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan kata dia rindu dgn kamu, dia benar-benar maksudkannya.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan kata lelaki lain itu lebih baik dari kamu, jangan percaya kata-katanya kerana dia hanya mahu menguji kamu. Dia mahu melihat sejauh mana kamu sanggup menjadi yang terbaik di matanya. Walaupun sebenarnya memang kamulah yang terbaik di hatinya. Selagi dia denganmu, percayalah, walaupun perempuan menganggap masih ramai lagi yang lebih baik di matanya tetapi di hatinya, kamu tetap yang terbaik.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan berkata kasar, dia bukan bermaksud utk berkasar, tapi dia mahu melihat sejauh mana lelaki itu mampu bersabar dengan sikapnya. Percayalah, hati perempuan itu sangat lembut.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan berkata, “tolong tinggalkan saya!”, dia tidak bermaksud menyuruh anda pergi selamanya. Dia hanya mahu menenangkan fikirannya sebentar saja. Apabila dia kembali tenang, percayalah dia akan mencari anda semula. Itu tandanya dia benar-benar mencintai anda. Perempuan sulit untuk mengawal perasaan. Dia terlalu emosional. Tapi dialah yang paling menyayangi anda dan sangat sensitif dengan perubahan pada diri anda.

Andai lelaki tahu..
Sememangnya Allah menciptakan lelaki dan perempuan itu dengan perbezaan yang tersendiri. Tetapi sekiranya mereka saling memahami, mereka akan saling melengkapi dan menyempurnakan . Perempuan itu diciptakan oleh Allah indah sekali. Di sebalik air matanya, tersimpan seribu satu kekuatan yang bakal menjadikan seorang lelaki itu merasa selamat bersamanya. Biarpun sebenarnya perempuan itu tampak lemah tapi dia punya kekuatan tersendiri yang dapat menggoncang dunia dan mungkin bisa pula membuat lelaki menjadi lemah kerananya. Jadi hargailah kehadiran seorang perempuan dalam hidup anda kerana dia didatangkan bukan dengan kelemahan sahaja tetapi dia juga ada kekuatan untuk menyongkong anda dan membuatkan hidup anda lebih sempurna. Dialah yang bakal menjadi perempuan bekerjaya, isteri juga ibu yang terbaik untuk anak2 anda.


"cinta tiada noktah.."