December 31, 2012

Ubah.,~


Adat mencium dahi isteri selepas akad boleh ditukarkan dengan laksanakan sunnah Rasulullah s.a.w. ini iaitu meletakkan tangan di atas ubun isteri sambil membacakan doa ini yang maksudnya : 


Ya Allah, aku bermohon kepadamu kebaikannya dan kebaikan yang Engkau ciptakan padanya dan aku berlindung padaMu daripada keburukannya dan keburukan yang Engkau ciptakan padanya.

 [Abu Daud, Ibn Majah- Hadis sahih-]




December 13, 2012

baran, keras kepala tapi manja.,;)


'seratus lima puluh juta'

Untuk kali ke seratus lima puluh juta
Mereka tanyakan engkau soalan yang sama
“Eh kenapa kau masih lagi mahukan dia?”
“Apa kau buta apa kau pura-pura suka”

Di seratus lima puluh juta kali itu
Di depan semua engkau tarik tangan aku
Yang sedang buat muka kosong tak ambil tahu
Sambil ketawa engkau bilang satu per satu


“Dia mungkin bengis seperti singa”
“Tapi dia nangis tonton cerita Korea”
“Dia mungkin keras bila bersuara”
“Tapi dia jelas jujur apa adanya”
“Aku lagi kenal dia”

Eh dah lebih seratus lima puluh juta kali
Aku pesan padamu apa yang bakal jadi
Engkau dan aku ada mungkin tidak serasi
Engkau sangat manis aku ini pula dawai besi

Di setiap seratus lima puluh jutanya
Aku pun dalam hati semacam tak percaya
Apa kau lihat pada aku jujurkan saja
Terus kau cubit dagu aku sambil berkata

“Sayang mungkin baran tak kira masa”
“Tapi sayang tahan kalau yang salah saya”
“Sayang mungkin saja keras kepala”
“Tapi sayang manja bila kita berdua”
“Saya kenal sayang saya”

Buat apa di cerita
Bahagia kita rasa
Biar tak dipercaya
Peduli orang kata

Baju ronyok tak apa
Asal pakai selesa
Berkilau tak bermakna
Kalau hati tak ada

Aku lebih bengis dari sang naga
Tapi bisa nangis semata demi cinta
Suaraku keras tak berbahasa
Kerna aku rimas gedik mengada-ngada

Aku mudah baran tidak semena
Mana boleh tahan angin cemburu buta
Dan aku sengaja tunjuk keras kepala
Aku punya manja kau saja boleh rasa

Rahsia kita berdua..


December 12, 2012

saya kenal sayang saya.,~

Kisah Sweet Suami Isteri di pasaraya ♥

Dalam sebuah pasaraya, seorang lelaki mendekati seorang perempuan yg sgt cantik..

"maaf cik.isteri sy hilang mas
a dia shopping td kt sini.boleh sy berbual dgn cik kejap?"


'kenapa ya?'

"sbb dia akan muncul dgn tiba2 kalau sy brcakap dgn perempuan lain"

# Sila ketawa jika faham.Hehehe..



*hehe.,post title versi king gopal eh.,? ikut suka sy ler ;p




December 7, 2012

Tips 4 us.,~

A few tips for us:-

*Perhatian:

  Beri Perhatian kepada pasangan sepenuhnya.

*Puji:
  Beri Pujian sepatutnya kepada pasangan.

*Peluk Selalu: 
  Peluk pasangan kalau tak tahu berkata.

*Pujuk Sentiasa:
 Pujuk, jangan suruh untuk dapatkan sesuatu.

*Penghargaan:
 Memberikan hadiah dan penghargaan jika perlu.

*Periksa:
 Sentisa periksa untuk tahu apa sebabnya, bukan main tuduh ajer.

*Perhiaskan Diri:
 Keluarga yang bahagia harus mempunyai kecantikan luar dan dalam yang akan membahagiakan keluarga anda dan rumah anda.



Wallahuallam, cuma harus tahu akan kenyataan yang berbunyi

"Sedangkan lidah selalu tergigit , Inikan pula hidup berumah tangga".


Jadi ultimately setiap keluarga harus mempunyai toleransi dan sentiasa sudi maaf memaafkan antara satu dengan lain.