*Hidup lelaki lebih mudah
Lelaki lebih mudah cara
hidupnya berbanding dengan wanita. Kerana itu lelaki sukar untuk memahami jika
sesuatu perkara itu disampaikan dalam bentuk kiasan oleh wanita. Wanita suka
berkias dan berharap lelaki faham. Tetapi, lelaki lebih suka jika ianya dijelaskan
dengan bahasa yang mudah, dan secara berterus-terang. Sekiranya wanita tidak
jelas mengenai sesuatu perkara, tanyalah secara terbuka kepada lelaki.
.
*Bahasa lelaki adalah
berlainan
Lelaki bercakap dengan bahasa yang berlainan. Ini yang menyebabkan
lelaki dan wanita sukar berkomunikasi antara satu sama lain. Apa yang lahir
dari kata-katanya jika dia bercakap dengan wanita, adalah berbeza daripada apa
yang dimaksudkan. Ini bukan bererti dia berbohong. Maka adalah lebih baik bagi
wanita untuk memahami lelaki dari apa yang dilakukan berbanding dari apa yang
dikatakan. Lelaki tidak pandai melahirkan rasa hatinya dalam bentuk kata-kata.
.
*Lelaki suka membisu
Wanita berkebolehan untuk membicarakan sesuatu subjek yang
sensitif dan mendukacitakan sebagai salah satu cara berhadapan dengan realiti.
Tetapi lelaki lebih suka untuk menyembunyikan dan membisu.
.
*Lelaki tidak kompleks
Jika terdapat semua tanda yang menunjukan bahawa seorang lelaki
hanya mahu wanita menjaganya, mengemas rumah, menyediakan makanan untuknya,
wanita harus percaya bahawa itulah yang lelaki tersebut mahu. Ini bukan bererti
lelaki berfikiran primitif, tetapi lelaki memag sedemikian. Wanita selalu
menganggap lelaki sebagai kompleks, tetapi sebenarnya kehendak lelaki adalah
mudah.
.
*Jangan paksa lelaki
Bila wanita mendesak lelaki mendedahkan perasaanya, mungkin wanita
itu akan mendedahkan sesuatu yang wanita itu tidak suka mendengarnya. Malah
adalah lebih baik jangan bertanya dan menyelidik sampai ke akar umbi. Malah apa
yang penting wanita itu perlu membaca bahasa badan lelaki, matanya, atau
perubahan mendadak dalam corak perlakuannya. Jika dia pada kebiasaannya suka
membaca tetapi tidak melakukannya, mungkin pada masa itu fikirannya sedang
kacau.
.
*Lelaki berahsia dengan
lelaki lain
Tidak sebagaimana wanita yang lebih mudah untuk bercerita masalah
yang dihadapinya kepada wanita lain, harapan dan kebimbangan yang dirasainya
dan pelbagai cerita peribadi, adalah sukar bagi lelaki untuk menjadi mesra
secara verbal sedemikian rupa. Untuk melakukannya lelaki memerlukan kekuatan
dan keberanian yang maksima.
.
*Lelaki pentingkan kejujuran
Sepertimana wanita, lelaki juga pentingkan kejujuran. Jika lelaki
tahu yang pasangannya suka bercerita kepada wanita lain tentang dirinya,
besar kemungkinan lelaki itu tidak akan bercerita lagi secara mesra mengenai
hal-hal rahsia yang lainnya. Kejujuran adalah penting bagi lelaki. Seorang
lelaki mahu pasangannya saja yang menyimpan rahsia-rahsianya.
.
*Lelaki Perlu Keselesaan
Perasaan
Wanita sering menganggap lelaki sukar difahami. Sebenarnya ini
juga anggapan lelaki pada wanita. Berikut dinyatakan beberapa sifat umum lelaki
agar kita lebih memahaminya.
.
*Lelaki tidak suka dikritik
Jangan mengkritik lelaki, memainkan jika wanita itu bersedia untuk
bertikam lidah dengannya. Lelaki tidak begitu terbuka untuk menerima kritikan.
Mengkritik di belakangnya, contohnya kepada saudara atau rakannya, mungkin
dapat mengelakkan konfrantasi serta merta tetapi dia akan berasa marah juga
apabila perkara tersebut disampaikan kepadanya.
Cara baik mengkritik lelaki adalah dengan cara berjenaka dan
lembut. Cara lelaki mengkritik adalah berlainan dan ia jarang dilakukan oleh
wanita. Bila lelaki mahu mengkritik, masa dan keadaan dipilih dengan teliti.
Bila menegur, perbincangan itu ringkas, tidak emosi dan tepat. Untuk
mengkritik lelaki eloklah kiranya kritikan itu digabung dengan sedikit pujian.
.
*Lelaki juga mahukan
sokongan
Bila lelaki menghadapi masalah dan mengadu pada wanita, wanita
harus memberitahu lelaki itu bahawa dia masih diperlukan. Lelaki mahukan
keselesaan perasaan dan sokongan serta kata-kata lunak seperti: “saya cintakan
abang..” atau “Tidak kira apa yang terjadi, saya tetap bersama abang…”
.
*Lelaki dan ego
Ramai lelaki menunjukkan egonya pada dua masa, pertama di masabual
biasa dan kedua di ranjang. Ini biasanya menyebabkan wanita menjadi bosan.
Tetapi sebaik-baiknya wanita patut mempertingkatkan ego suami atau kekasihnya.
Wanita yang menyemarakkan api cinta akan menikmati kehangatan api
cinta itu. Lelaki mahu wanita memberitahu bahawa sumbangannya diiktiraf dan
dilnilai. Jika anda tidak menyatakan kepadanya, siapa lagi? Jika anda
mempertingkatkan ego lelaki, ia kan membuatkan lelaki merasa senang dan setiap
orang disekelilingnya akan mendapat faedah, terutamanya yang dicintainya
.
*betoi x? hihi ;p
;)