![]() |
| |ohh.,,suwitnyeerrr~| |
Suatu petang yang damai,
seorang suami bertanya kepada isterinya..
'syg, mcm mana kalau nanti siang abg pergi kerja, petang abg terus pergi bersukan dengan kawan2, malam pun abg keluar main jugak dengan kawan2, syg tinggal kat rumah dengan anak2'
Isteri pula bertanya,'kenapa macam tu? petang kan abg dah bersukan kenapa malam pun nak bersukan lagi?'
Suami menjawab,'sebab abg suka bersukan dengan kawan2'
Si isteri yang sedikit kecewa mendengar jawapan suaminya memberikan pendapat dengan nada yang cukup lembut, 'ermm kalau mcm tu abg x akn ada banyak masa dirumah untuk tarbiah syg dengn anak2..syg x kisah kalau abg nak keluar main dengan kawan2 tapi syg takut kalau nanti abg x dapat nak bagi alasan yang kukuh bila Allah tanya kenapa abg abaikan tanggungjawab mendidik anak dan isteri...syg takut kalau syg x boleh bantu abg nanti..doakan supaya syg sentiasa berlapang dada dengn abg'
Terdiam si suami mendengar jawapan isterinya, mungkin menginsafi..tetapi sebenarnya si isteri lebih2 lagi gerun memikirkan semula jawapan nya sebentar tadi..
Dia verkata tentang haknya..sedangkan tanggungjawabnya sendiri tidak kurang berat daripada tanggungjawab suaminya..dan belum tentu lagi dia mampu untuk menunaikan hak2 suami dengan sebaik mungkin...
Tanggungjawab isteri terhadap suami sgt berat..
Dari Abu Hurairah ra, Rasulullah SAW bersabda, 'Jika dibolehkan untuk manusia sujud pada manusia yang lain, akan aku suruh isteri sujud pada suaminya' (Tirmizi)
Menyedari amaran Rasulullah ini, terasa bahunya memberat bukan sahaja dengan tanggungjawab sebagai isteri yang sedia ada, tetapi memberat dengan kata-katanya sebentar tadi..Dialah yang sepatutnya terlebih dahulu menunaikan hak2 suaminya..
Tanggungjawab datang terlbih dahulu sebelum tuntutan..
Hati akan sengsara jika asyik menuntut hak kerana sibuk memikirkan apa lagi yang belum cukup, dan hati juga sakit bila hak atau keinginan tidak dipenuhi..
Pada hati yang melunaskan, ada kebahagian kerana semakin kita memberi, semakin banyak pula yang kita perolehi, begitulah halnya dengan tanggungjawab dan hak..apabila tanggungjawab sebagai isteri kita tunaikan sebaik mungkin, hak2 suami kita tunaikan seikhlas hati, suami pula akn memberikan hak isteri dengan ikhlas dan kasah sayang..
Hati yang memberi dengan gembira lebih membahagiakan daripada hati yang menuntut dalam kesengsaraan..
Tetapi, tanggungjawab utama suami dan isteri adalah untuk mendidik ahli keluarganya..ia bukanlah tugas orang lain..
Allah mendidik kita untuk berdoa agar dijadikan pemimpin bagi orang2 yg bertaqwa di dalam suratulfurqaan ayat 74..
Dan Allah menerangkan ciri2 orang yang berjaya memperoleh syurga di dalam surah almukminun..suami dan isteri adalah pemimpin rumahtangga..siapakah lagi yang lebih layak memimpin ahli keluarga menuju kejayaan abadi kalau bukan pemimpin rumahtangga sendiri iaitu suami dan isteri?
Didiklah suami, didiklah isteri, didiklah anak2 mengenal Allah dan Rasulullah juga mengenal nilai syurga tertinggi..
Suami dan isteri,
saling memberi,
saling mendidik,
saling merasai,
saling menerima,
Demi tujuan utama,
menjejak Baginda;tauladan mulia,
Mencari cinta, Yang Maha Esa...


No comments:
Post a Comment